Sunday, September 16, 2007

Irsyaad Tuhanku...

Aku berfikir sejenak tadi siang. Berfikir tentang persahabatanku dengan si dia. Adakah kita akan berterusan begini, sepi, sepatah diberi, sepatah dijawab, atau dapatkah kita berteman seperti dulu kala, riang, tertawa bersama, menagins bersama. Ku pinta Irsyaad dari Ya Khudayah. Selepas solat asar, Aku mempunyai sesuatu keinginan. Keinginan untuk membaca Blog si dia. Dan selepas membaca, aku berasa amat tenang. Amat bahagia. Namun, itu semua berakhir apabila aku menghatar sms kepadanya. Ada seorang lagi gadis yang disukainya selain aku. Hancur segalanya. Maghrib tiba dan ku memohon lagi kepada Yang Kuasa. Kini, aku tidak tahu apa yang harus kulakukan.

No comments: