Sesekali kita terbang meranjau, manggapai langit. Dan sesekali kita jatuh, terhempap mencium bumi. Apabila perkara itu berlaku, apakah kita akan terus mengalah dan serik?
Seandainya kau melihat redup renungannya, mungkin kau akan sedari, mungkin kau kan fahami...
Seringkali kita ucapkan syukur kepadaNya, dan selalunya kita bertanya apakah silap salah hingga mendapat balasan seperti ini. Sebagai manusia, kita leka. Leka bahawa dengan ujian sebegini, ia mengingatkan... Ia menyedarkan. Itulah petanda untuk pulang ke jalan asal.
Mengapakah kita selalu mempersalahkan orang lain? Mengapa kekadang kita rasa diri kita ini hebat? Mengapakah acapkali kita tidak ambil peduli, berkata dan mengucap sesuka hati. Maka itu lah saat-saat apabila diri leka.
No comments:
Post a Comment