Allah, Teguhkanlah hati ini...
Kerana tentu aku akan merindui kehadirannya.
Allah, Berikanlah aku ketenangan...
Kerana sungguh, aku tidak akan tenteram tanpa suaranya.
Hati ini merasa pilu, walau berjauhan hanya sehari.
Tidak dapatku mengerti perasaan hati ini.
Walau dapat ku kawal, namun, cintaku padanya membuatku melambung...
Satu perasaan yang sukar dialami...
Allah, berkatilah cinta ini.
Terima Kasihku kepadaMu kerana memberi peluang keemasan ini...
Dan untuk anugerah yang tidak dapat diganti.
Kasihku padamu, adalah sejati.
No comments:
Post a Comment