1) Saya baru sahaja pulang daripada pawagam Golden Village, menonton cerita "Alone" yang mempunyai jalan cerita yang padat dan tidak membosankan. Saya tidak tahu mengapa saya 'blog' dalam bahasa Ibunda hari ini tetapi jika anda merasa janggal, harap maafkan saya. Sudah namanya anak Melayu, haruslah bangga dengan bahasa sendiri. Hmm... Oh ya. Saya menonton wayang bersama dua orang teman saya, Hafidz dan Sarah. Apa yang mampu saya katakan tentang cerita tersebut ialah, ia dapat meremangkan bulu roma anda jika anda menontonnya, walaupun adegan-adegan yang menyeramkan sikit jumlahnya, namun, cara penulis skrip mengawal perasaan dan emosi penonton dengan jalan ceritanya amat memberangsangkan. Seperti suatu adegan yang menggerunkan, rumah watak utama, Pim, mengalami gangguan elektrik dan rumah itu menjadi gelap. Apabila Pim dapat mencari lampu suluhnya, dia berjalan ke daerah ruang dimana terletaknya sebuah piano. Dia terdengar bunyi daripada sudut belakang piano, dan menuju kearahnya. (Pada masa ini, muzik latar belakang membuat hati saya berdegap-degup) Dan... dia ternampak sebuah buku (saya tidak pasti) (Pada masa itu, saya menghembuskan nafas lega dan menurunkan baju sejuk yang saya gunakan untuk menyelubungi diri saya.) Apabila saya fikirkan bahawa adegan itu sudah berakhir, tiba-tiba Pim mendongakkan kepalanya dan ternampak kembarnya yang mati dan menjelma sebagai hantu didalam cerita itu. Fuhh... seramnya. Sehinggakan saya teriak ketakutan! Selepas adegan itu, saya terus berjaga-jaga agar tidak lalai dan dikejutkan lagi. Tetapi, tiada lagi adegan yang seperti itu terjadi. Tidak berbaloi pula usaha saya berjaga-jaga. Yang pasti, anda harus saksikan wayang itu di pawagam!
2) Sejurus sahaja habis menonton wayang, saya dan teman-teman keluar untuk mengambil angin dan membuat ulasan. Tiba-tiba, MR.A-Z menelefon saya. Dia bertanya jika saya boleh berbual ditelefon dengannya. Bayangkan, jika anda bersam teman-teman anda, dan seseorang menyukai diri anda menelefon anda, adakah anda akan:
a) Meneruskan perbualan dengan pemanggil itu
atau
b) menyelesaikan perbualan ditelefon dan teruskan perbincangan anda dengan
teman-teman yang berdiri didepan anda.
Nampak sah, anda akan memilih jawapan B.
Saya tidak faham mengapa dia harus menanyakan soalan yang tidak masuk akal. Ini yang menambahkan tekanan!!! Adakah ini sesuatu yang tidak dapat difahami atau memang tidak tercapai diakal seseorang? Mungkin ada yang tertanya apakah perasaan saya terhadap jejaka itu, dan apakah jalan cerita yang sebenarnya.
Dahulu sekali, saya ingin meminta maaf kepada jejaka berkenaan. Saya tidak bermaksud untuk melonggokkan semua ini kepadamu pada saat-saat begini dan saya amat berharap awak dapat memahami perasaan saya.
Sebenarnya, rasa suka kepada awak telah lama pudar. Peluang hanya datang sekali. Pertama kali, dalam jangakauan 9 bulan dahulu, saya mengenali diri awak. Sebulan kemudian, awak menyatakan bahawa awak menyukai diri saya, kerana saya in lain daripada yang lain. Saya merasa gembira namun, hati yang kecil ini dilukai apabila saya mendapat tahu awak membohongi diri saya. Beberapa minggu selepas itu, perasaan benci, marah dan kesal kian pudar. Tetapi, diri ini rimas dengan angan-angan palsu dan janji-janji. Sekali lagi, parut yang masih merah berdarah kembali. Kita teruskan hidup, tetapi selang beberapa bulan, awak berjumpa dengan teman istimewa. Itu tidak menjadi masalah bagi saya. Tetapi selepas kamu berdua berpisah, saya mengambil kisah tentang diri awak. Tidak sanggup saya melihat awak dalam kepiluan. Saya cuba mendekati diri awak, tetapi saya dihalang dengan alasan bahawa hati awak sudah tertutup. Dan kini, awak menonggang-balikkan cerita dan berkata bahawa awak menyimpan perasaan terhadap saya??? Sesungguhnya, dengan terang saya katakan, bahawa saya ini bukan seorang gadis yang boleh awak anggap sebagai boneka. Kerana kebingungan diri awak, saya pun menjadi bingung. Ini menambahkan rasa kesal saya terhadap awak. Dan kerana awak merasakan bahawa menganggu saya itu seperti suatu daripada hobi awak, saya marah. Kedegilan awak dapat mencetuskan api didalam hati yang sudah menyala menjadi suatu letupan yang dasyat. Sekali lagi maafkan saya jika awak tersinggung, saya tidak dapat meluahkan perasaan hati menerusi perbualan telefon mahupun pesanan ringkas. Wardah yang paling sesuai untuk saya meluahkan kata hati ialah menerusi wardah penyuratan atau 'blogging'. Peluang hanya datang sekali. Saya telah memberi awak lebih dari 2 peluang. Maafkan saya, saya tidak dapat meneruskan apa yang awak inginkan. Biarlah kita sekadar teman biasa. Tidak lebih dari itu. Maafkan aku....
No comments:
Post a Comment