Sehari tanpa pesanan ringkasnya... tanpa panggilan darinya... kurasa tenang... adakah ini akan berterusan ataukah kita berdua akan bertemu kembali? Kisah ini tergantung buat seketika. Aku tidak tahu apa yang dirasainya. Tetapi, aku dapat merasakan bahawa dia amat kecewa dengan keputusan ku... Aku tidak pasti. Ini hanya suatu kemungkinan. Sesungguhnya tiada insan yang sempurna. Namun, jika ada keinginan untuk bersatu, haruslah ada kepercayaan pada satu sama lain. Dalam hal ini, aku langsung tidak menaruh kepercayaan kepadanya. Kepercayaan yang ku beri kepadanya, diambilnya dengan senang-lenang. Setelah kepercayaan itu hancur, tidak dapat ia disatukan kembali, seperti seribu serpihan kaca. Hancur musnahlah segalanya. Cukuplah. Aku sudah muak dengan ini semua. Tiada guna aku melayan karenah orang yang suka berdegil. Sakitkan hati sahaja. Walaubagaimanapun, aku tetap ingin tahu apakah perasaan yang menghimpit hatinya yang sedih pilu.
Hari ini, kurasa gembira. Walau hati sedang berkecamuk dengan perasaan sedih dan bingung, aku mempunyai teman-teman yang dapat membuatku lupa akan segala masalah... (kecuali masalah pelajaran... hehe) Aku bersyukur dengan kehadiran mereka dalam hidupku... setiap kali aku bersama mereka, aku dapat 'melebarkan sayap dan terbang jauh, tiada liku-liku dapat menghalangi'. Mulut aku akan menjadi sepert tempayan, murai, atau segala mulut... Bising sekali... haha... Itulah tandanya aku gembira... Bila aku gembira, aku boleh menjadi seperti kawan ku di METTA atau OrgGilak! hahaha... Oh ya! Baru aku sedar bahawa sudah lama aku tidak meng-edit gambar-gambarku! Yang pasti, aku akan menjadi sibuk hingga 17 Ogos ini...
Ps: I swear I do not look forward to this year's NDP...
No comments:
Post a Comment