Thursday, November 19, 2009

Alhamdulillah...

Ibu, Ayah... Mama & Ayah.
Keampunan yang tidak terhingga,
anakanda hulurkan kerana alpa.
Leka dan cuai telah menyebabkan titik-titik hitam
untuk membelenggui hati-hati anakanda.

Risik, Meminang, Bertunang, Bernikah.
Dalam kontext masakini, aku rasa, berkasih sama seperti bertunang. Cumanya, Kedua belah pihak harus bersefahaman terhadap pengertian berkasih, dimana kedua belah pihak bersetuju untuk mendirikan rumahtangga pada suatu hari di masa yang akan datang. Dengan itu, samalah ia seperti bertunang.

Pengerusi Fatwa al-Azhar, Syaikh Atiyyah Saqr menjelaskan cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.
Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.
Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syarak adalah diharuskan oleh syarak dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.
(Ruj : Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta); Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup); Ibn Qayyim al-Jauziah, Raudhah al-muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin (Taman orang-orang bercinta dan kerinduan)


Aku berdoa agar cinta kita akan diredhai Allah S.W.T
Kerana aku percaya, tiada yang sia-sia
Segala yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

No comments: