Tuesday, September 01, 2009

Renungan Ramadhan 1

1
Lebih seminggu Ramadhan sudah menemani kita. Banyak yang dapat dipelajari and kini, banyak juga yang dapat direnungkan. Alangkah hibanya hati ini terasa apabila mengenangkan nasib yang kita, kaum manusia sendiri, cari.
Apakah benar kesejahteraan dan kemakmuran itu hadir kerana kita? Ataukah, kesejahteraan dan kemakmuran itu hadir kerana kelalaian diri kita sendiri?
Kerana kita tidak mengambil berat tentang orang lain yang tidak senasib dengan kita? Lalu kita menginjakkan lagi semangatnya dengan mengheboh-hebohkan kekurangannya? Lalu si polan sabar dengan keterangan itu kerana dia tahu bahawa dia, yang mencacinya itu tadi, tidak akan faham pekara yang dialaminya kerana dua dunia mereka berbeza. Lantas, Sang Sombong membodohkan dirinya lalu berjalan lagi megah. Adakah itu wajar dan patut dilakukan?
Pelbagai jenis manusia hidup di dunia ini. Terlalu banyak jenis untuk dinamakan. Untuk kemudahan, dan supaya tidak ada perbelahan, kita anggap diri kita SAMA. Maka itu lah kesalahan dan kekurangan kita. Sebenarnya, kita tidak sama. Kita semua adalah lain. Entiti tersendiri. Cap jari kita lain. Mata kita lain. MUNGKIN sahaja, hati dan kepercayaan kita yang sama.
Mengapa kita selalu lalai, hingga melampau? Terlalu lalai mendatangkan riya’, kejijikan, dan ia akan memudaratkan diri kita sendiri. Selalu kita lupa pada ‘nawaitu’. Seringkali kita lupa bertanya akan kenapa perkara itu boleh terjadi. Dan acapkali, kita leka kerana kita telah dikurniakan ni’mat yang terlebihnya daripada Allah S.W.T, hingga kita lupa pada diri kita. Adakah engkau berpijak pada bumi? Ataukah engkau masih berada didalam khayalan sendiri? Sedarlah.
Mengapa kita hidup begini? Seperti orang yang tidak ada arah tujuan? Kais pagi , makan pagi. Visi kita tidak sama dengan kepercayaan kita. Tunggu, adakah kita faham akan kepercayaan kita itu? Apakah kepercayaan kita? Kepercayaan yang telah dinodai dengan dunia yang kita lahirkan. Islam. Apakah itu Islam? Adakah kita hidup dengan cara Islam yang sepenuhnya? Apakah kita sebagai umat Islam, mempunyai pendirian sendiri? Adakah kita masih mengangkat agama dan kepercayaan kita seperti mana diharapkan Nabi Muhammad S.A.W ? Ataukah, kita masih lalai dang terlalu terpengaruh dengan dunia hingga kita melupakan asal-usul. Bangkitlah.
Kita adalah panji-panji kepada agama yang amat mulia ini. Jangan kita suka bertengkar sesame sendiri. Jangan kita suka merendahkan satu sama lain. Jangan kita suka membongkakkan diri kita dan terus berjalan menghadap ke langit. Astaghfirullah.

No comments: