Friday, September 04, 2009

Renungan Ramadhan 2

Seseorang itu harus mempunyai keyakinan diri apabila membuat sesuatu keputusan. Itu sudah tentu dan tidak dapat dinafikan lagi. Jika dia tidak yakin pada dirinya, tentu dia sudah bertanya kepada orang yang pada pandangannya lebih alim.
Namun begitu, jangan pula kita sangka bahawa, jikalau seseorang itu bertanya kepada kita tentang sesuatu, dirinya itu lemah dan dia mendongak kepada kita. Jangan sesekali engkau sombong. Sebenarnya orang yang suka bertanya itu lebih bijak daripada orang yang suka memberi jawapan.
Bayangkan, seseorang yang suka bertanya akan menujukan soalan yang sama kepada lima orang yang berlainan pendapat. Dia yang untung kerana dia mempunyai lima jawapan dan terserah kepadanya untuk menggunakan akal fikirannya supaya dapat menapis informasi yang tidak realistik atau relevan. Dan sisanya adalah jawapan yang 99% tepat.
Manakala orang yang merasakan dirinya itu alim (berpengetahuan) dan tidak memerlukan pandangan orang lain, adalah orang yang paling rugi kerana belum tentu jawapan yang telah diandaikannya sendiri itu betul. Lalu diberitahu jawapannya kepada orang lain. Jika salah, malulah dia, dan bodohlah dia kerana dia telah mengikut ‘kepandaiannya’ membabi buta selama ini.
Namun, tidak semua orang yang suka bertanya dan berpengetahuan seperti itu. Sebab itu diadakan akal dan fikiran. Segala kejadian adalah unuk kita nilaikan sendiri. Hanya Allah S.W.T yang maha bijaksana.

No comments: