Wednesday, March 04, 2009

Ni'mat

If tears had rolled on my cheeks just now due to depression and uncertainty because of he whom I love,
Now tears of gratefulness sparkles from my eyes because of she, the one I love dearly.

Sesungguhnya, Tuhan akan memberi cobaan kepada seseorang itu hanya jika dia dipercayai dapat mengatasinya dengan sabar dan ikhlas.

Alhamdulillah, aku dapat menjamah ni'mat yang sangat berpelajaran dari sisi-Mu ya Allah. Syukurku hanya pada-Mu. Sanjunganku hanya kepada kekasih-Mu, ya Allah.

Aku bersyukur dianugerahkan Sahabat sepertimu, ya Azizah. Tingkah laku, boleh disamakan dengan Sahabat Rasullulah s.a.w. Bertapa mulianya kehadiranmu di sisiku, biarlah ia menjadi rahsia antara aku dengan Dia.

Dalam diam-diam, kau mengubati jiwa yang pilu dan resah. Yang selalu takut akan azabNya yang tidak terhingga. Tetapi keliru, di tambah dengan diri yang lemah. Kau telah membawa sinar cahaya kembali kedalam ruang hatiku, kau telah memberiku semangat sejati, terpatri dalam hati. Biar kau lakukan apa-apa yang kau rasa patut. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu berapa bersyukurnya aku, berapa bangganya aku, untuk dianugerahkan Sahabat seperti kau. Tangisan ku tak terhenti sampai kini. Tetapi aku rela. Aku rela kerana ia adalah tangisan kerana kesyukuran, keinsafan dan memberi kesedaran. Biar lah ia mengalir. Aku lebih rela mengalirkan airmata sebegitu daripada airmata yang disebabkan dunia yang dapat melekakan.

Ya Allah, letakkanlah dunia di atas tanganku dan bukan didalam hati ku... Amin

No comments: