Wednesday, June 20, 2007

takut

Aku takut...
akan kesetiaanmu
andaikata kau merasa apa yang kurasa
apakah aku akan menyakiti hati insan lain?

Aku menjadi risau
Hati dilingkari keresahan
Jalan apakah harusku ambil?
haruskah ku ikut kata hati, atau kata orang?

Salah jika aku ambil kedua-duanya
jika ku ambil langkah mengikut kata hati
ada seseorang yang akan merana
aku tidak mahu itu terjadi, sesungguhnya, aku telah merasainya terlebih dahulu.

Jika diikut kata orang
Aku akan menipu diriku
Tidak sanggup aku berbuat sedemikian
sesungguhnya, aku juga manusia yang mempunyai jiwa yang halus

walaubagaimanapun,
aku tetap takut
aku takut
jika kasih tidak terbalas

Ada satu lagi langkah yang dapatku ambil
iaitu membiarkan ini semua belalu
Anggap sahaja ianya sebagai suatu dugaan
dan aku akan terus mengatur langkah, tanpa memaling kebelakang

No comments: