Friday, March 09, 2007

puisi untuk mu

Badai menimpa dan menyebabkan perpisahan ini terjadi. Walau bertapa hampa
dan lukanya hatiku, kau tidak akan pernah dapat mengubatinya semula seperti
apa yang kau janjikan. Kecurigaanku terhadapmu telah membuktikan bahawa kau
tidak seperti apa yang kau katakan. Kau selalu berkata dan berazam untuk
menjadi insan yang lebih baik dari dulu kala. Engkau tetap berdegil walau
seribu kali ku bisikan kedalam jiwamu bahawa persahabatan ini tidak akan
kemana-mana.
Sekarang kau telah pergi meninggalkan aku. Kau pergi bersama teman
istimewamu. Aku selalu berharap sebelum ini agar kau dapat merubah
sangkaanku terhadapmu. Tetapi kau tetap seperti dulu. Walau berapa kali ku
maafkan mu, tetap kau tidak sedar dan kau gagal untuk belajar dari kesilapan
mu itu. Kau tidak sedar bahawa selama ini aku menguji tahap kesabaran,
kesetiaan dan keteguhanmu. Tetapi kau telah menunjukkan bahawa kau sama
seperti beberapa lelaki yang telah ku temui di masa lampau. Mogaku dapat
mencari kebahagiaan disamping jejaka yang lain yang dapat menambat hatiku
yang parah.

_________________________________________________________________
Find just what you are after with the more precise, more powerful new
Windows Live Search. http://search.msn.com.sg/ Try it now.

No comments: